Football

SAH! Sam Allardyce letak jawatan selaku pengurus England

Sam Allardyce menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai pengurus England berbanding dipecat selepas satu siasatan dari The Daily Telegraph menunjukkan dia berunding untuk tawaran bernilai £400,000 dan memberi nasihat kepada ahli perniagaan mengenai bagaimana menipu Football Association (FA) berkenaan perpindahan pemain.

Pengerusi FA Greg Clarke dan ketua eksekutif Martin Glenn mengadakan mesyuarat tergempar bersama Allardyce di Stadium Wembley di mana dipercayai pengurus berusia 61 tahun itu menawarkan diri untuk meletak jawatan berbanding dipecat.

Satu pengumuman rasmi mengenai masa depan Allardyce telah dikeluarkan oleh FA:

“FA mengesahkan Sam Allardyce telah meninggalkan jawatannya sebagai pengurus England.

“Tindakan Allardyce, seperti yang dilaporkan adalah tidak wajar sebagai pengurus England. Dia menerima kesilapan penilaiannya dan telah memohon maaf. Namun, melihat betapa seriusnya kesilapan tersebut, FA dan Allardyce membuat keputusan bersama untuk menamatkan kontraknya serta merta.

“Ini bukan satu tindakan yang dipandang ringan oleh FA namun FA mempunyai kepentingan untuk melindungi kepentingan sukan bola sepak dan mengekalkan tahap tertinggi dalam bolasepak. Pengurus pasukan senior England adalah satu jawatan yang perlu menunjukkan kepimpinan tinggi dan menghormati permainan ini sepanjang masa.

“Gareth Southgate akan mengambil alih skuad senior untuk empat perlawanan seterusnya menentang Malta, Slovenia, Scotland dan Sepanyol sementara FA memulakan pencarian pengurus England baru.

“FA mengucapkan selamat berjaya kepada Sam di masa hadapan.

Other posts by