Badminton

Pemain JDT II pulang dari kem latihan kebangsaan

Plan latihan jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee terganggu.

Tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II – pemain tengah Mohd Irfan Fazail serta penyerang Darren Lok dan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak – meninggalkan kem di Wisma FA Kelana Jaya pada hari Rabu selepas menerima arahan dari kelab mereka.

Dalam satu surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), JDT II berkata mereka hanya akan melepaskan tiga pemain tersebut empat hari sebelum perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Singapura pada 7 Oktober. Di bawah peraturan FIFA, kelab perlu melepaskan pemain empat hari sebelum perlawanan antarabangsa.

“Kita perlu menghormati peraturan FIFA dan saya berharap pemain-pemain ini akan melaporkan diri untuk latihan sebelum perlawanan bertemu Singapura,” kata Kim Swee.

“Kelab mempuyai hak untuk melepaskan pemain. Saya berharap untik mendapat semua pemain awal untuk persiapan lebih rapi,” tambahnya.

Hanya 13 pemain daripada 26 pemain skuad yang melapor diri untuk latihan pusat di Wisma FAM pada hari Selasa.

Dengan ketiadaan tiga pemain JDT II , Kim Swee hanya mempunyai 10 pemain untuk dilatih.

Pemain lain adalah dari Kedah, PDRM, Selangor dan T-Team yang terlibat dengan perlawann pertama separuh akhir Piala Malaysia. Pemain dari Johor Darul Ta‘zim (JDT) juga tidak melaporkan diri kerana terlibat dengan perlawanan separuh akhir Piala AFC. Mereka hanya akan melaporkan diri untuk latihan hujung minggu ini.

Untuk memperkuat pasukannya, Kim Swee telah memanggil penyerang Terengganu Norshahrul Idlan Talaha dan pemain tengah Perak Nasir Basharuddin.

Kim Swee akan menggunakan perlawanan persahabatan menentang Singapura dan Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober untuk persiapan Piala AFF Suzuki pada 19 November hingga 17 Disember.

Other posts by