E-Sports

95% hubungan cinta di UK berakhir kerana FIFA 17

95% hubungan percintaan di UK berakhir selepas EA Sports secara rasminya melancarkan FIFA 17 di UK.

Talian telefon menerima trafik tinggi sekitar jam 9 pagi di UK apabila ramai teman lelaki menghantar teks untuk memutuskan hubungan dengan kekasih mereka dan memberitahu bos mereka bahawa mereka tidak sihat.

Lebih kurang 99% tempahan hotel, percutian, makan tengahari dan perjumpaan keluarga dibatalkan apabila golongan lelaki muda bersedia untuk berhibernasi sepanjang musim sejuk.

Seorang jejaka, Lee Satchell, telah beratur hingga lewat malam supaya dia dapat membeli permainan video itu pada tengah malam. Dia berkata: “Ya, saya dah putus dengan kekasih saya.

”Dia telah menemani saya dengan baik sebelum pelancaran video game ini. Saya telah memutuskan hubungan kami sebelum dia berbuat demikian. Ianya yang terbaik untuk kami.

Photo credit: EASports.com
Photo credit: EASports.com

”Saya tidak merancang untuk merasai sinaran matahari untuk tempoh beberapa bulan. Hanya ada satu cinta hati saya sekarang dan namanya ALEX HUNTER.”

Baki 5% hubungan percintaan dijangka akan semakin berkurangan apabila pasangan ini menyedari kehebatan kuasa penarik FIFA 17 ini.

Dalam perkembangan lain, para jejaka yang tidak berminat dengan permainan video dilihat sedang mengemas kini dan mendaftar menyertai Tinder…

Other posts by