Badminton

Skuad badminton Malaysia pulang dengan tangan kosong dari Vietnam

Kekecewaan berlaku kepada Malaysia di Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Vietnam.

Malaysia mempunyai empat wakil dalam empat perlawanan akhir di Bac Ninh, tetapi pulang dengan hampa. Pemain pilihan kedua, Lim Yin Fun tewas kepada pemain bukan pilihan dari Taiwan Chen Su-yu 19-21, 21-23 dalam acara perseorangan wanita.

Kekecewaan terus berlaku apabila pemain muda negara yang juga pemain pilihan kelima, Lim Chi Wing tewas 14-21, 21-23 kepada pemain pilihan tuan rumah Nguyen Tien Minh dalam acara perseorangan lelaki.

Bergu wanita negara Lim Yin Loo- Lee Meng Yean juga tewas kepada gandingan tuan rumah yang juga bergu pilihan Nguyen Thi Sen- Vi Thi Trang 18-21, 22-24 dalam acara bergu wanita.

Peluang terbaik Malaysia untuk bergelar juara hadir menerusi acara bergu lelaki apabila pilihan keenam Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Mohd Rumsani memberi saingan sengit sebelum tewas 21-17, 19- 21, 20-22 kepada wakil tuan rumah Do Tuan Duc – Phan Hong Nam.

“Terdapat bebreapa keputusan yang mengecewakan tetapi ia tidak mengapa. Ini pengajaran untuk Sze Fei dan Izzuddin. Kekalahan seperti ini akan membuatkan mereka berkerja lebih keras,” kata jurulatih sementara bergu lelaki negara, Cheah Soon Kit.

Other posts by