Khairul Hafiz gagal pecahkan rekod kebangsaan 200m

0
Photo credit: Stadium Astro

Khairul Hafiz Jantan gagal dalam percubaannya untik memecahkan rekod acara 200m lelaki di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia.

Atlit berusia 18 tahun itu hanya mampu mencatatkan 21.10 saat untuk merangkul pingat emas di Arena Universiti Malaya pada hari Ahad. Ianya jauh untuk memecahkan rekod 20.92s yang dicipta oleh Tan Sri Dr. M Jegathesan di Sukan Olimpik Mexico 1968.

Khairul yang tidak beraksi dalam acara 100m pada hari Jumaat untuk menumpukan perhatian kepada acara 200m, tetapi gagal memperbaiki rekod terbaik peribadinya iaitu 21.01s.

Aravinn Thevarr dari ATM merangkul pingat perak dengan 21.14s sementara Jonathan Nyepa dari Sarawak, yang juga juara acara 100m, merangkul pingat gangsa dengan catatan masa 21.18.

Khairul, yang mencatatkan masa 10.18s untuk memecahkan rekod 100m kebangsaan di Sukma Sarawak pada bulan Julai, kecewa dengan persembahannya.

“Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) dan timbalannya (Datuk M.Saravanan) datang ke arena untuk menyokong saya. Tetapi saya gagal untuk mencapai rekod terbaik saya,” luah Khairul.

“Keadaan berangin membuatkan ia menjadi lebih susah untuk mencatatkan masa yang baik. Saya masih muda. Saya akan terus berlatih untuk memecahkan rekod suatu hari nanti,” tambahnya.

S.Komalam dari ATM merangkul pingat emas acara 200m wanita selepas mencatatkan masa 24.26s . Dia turut merangkul pingat emas acara 100m dengan catatan masa 11.87s pada hari Jumaat.

Zaidatul Husniah Zulkifli dari ATM merangkul pingat perak dengan 24.36s sementara Siti Fatima Mohamad meneruskan penguasaan ATM dengan merangkul pingat gangasa dengan catatan masa 24.57s.