Formula1, Motorsport

4 sebab kenapa seluar dalam Jalur Gemilang pelancong Australia menjadi isu

Originally written in English by Gowri Krishnan

Sekumpulan sembilan orang jejaka dari Australia telah ditahan polis sleepas didakwa menghina dengan memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang ketika menonton perlumbaan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang.

Mereka memang berhak ditangkap kerana aksi mereka amat menjijikkan dan sememangya tidak menghormati bendera kebangsaan. Berikut adalah empat sebab mengapa perbuatan mereka telah menyinggung hati seluruh rakyat Malaysia.

Tidak menghormati perasaan orang lain – Aksi melucutkan pakaian di khayalak ramai tidak sesuai di semua negara. Sepatutnya, jejaka-jejaka ini perlu menjaga perasaan orang di sekeliling mereka. Kalau seluar dalam mereka tidak mempunyai corak ‘Jalur Gemilang’ sekalipun, aksi melucutkan pakaian masih tidak sesuai kerana ia tidak mengambil kira sama ada orang di sekeliling mereka selesa atau tidak.

Photo: Twitter
Photo: Twitter

Budaya kejahilan – Jika anda melancong atau menetap di negara asing, anda perlu sentiasa cuba dengan terbaik untuk menghormati budaya negara tersebut. Berhati-hati dengan segala tindakan anda, dan pastikan anda menghormati norma-norma yang penting untuk masyarakat negara tersebut. Memakai seluar dalam yang memaparkan bendera sesebuah negara – memang aksi yang tak menghormati budaya Malaysia.

Nilai kebanggaan di sebalik ‘Jalur Gemilang’ – Bendera kebangsaan sesebuah negara mewakili nilai kebanggaan, kemuliaan dan merupakan simbol identiti untuk warga sesebuah negara, termasuk Australia. Akta 1953 ‘Flags of Australia’ mengatakan bahawa bendera negara hanya boleh dikibarkan setiap hari jika ia diberi layanan dengan penuh hormat, sebagai simbol kebangsaan yang paling penting.

Photo: Twitter @DFrankiecruz
Photo: Twitter @DFrankiecruz

Simbol bendera kebangsaanDi Australia, anda boleh ditahan polis sekiranya anda memakai bendera kebangsaan sebagai ‘cape’. Polis juga berkata mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan pistol taser, semburan lada, gari, dan kaedah lain untuk menangani situasi ini.  Kalau anda disuruh menghormati bendera kebangsaan di negara sendiri, apa alasan untuk tidak menghormati bendera kebangsaan negara-negara lain di seluruh dunia? Apa tujuan memaparkan bendera negara lain di bahagian sulit anda? Cuba baca blog Cyclone Cindy yang mengutuk penggunaan bendera Australia sebagai ‘thongs’ semasa sambutan Hari Australia. Artikel ini juga menjelaskan mengapa bendera Australia tidak harus diguna sebagai pakaian, peralatan tempat tidur atau tirai.

Menurut Channel News Asia, jejaka-jejaka tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 504 (menggangu keamanan) dan di bawah Seksyen 14 (perbuatan tidak sopan di tempat awam). Jika didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan Malaysia (perbuatan lucah di tempat awam), mereka boleh dikenakan hukuman maksimum tiga bulan penjara.

Apa pendapat anda tentang perbuatan mereka? 

Other posts by