Football

VIDEO: Aurier berdepan masalah kerana membuat gaya memotong leher

Pemain pertahanan Paris Saint-Germain Serge Aurier menimbulkan kekecohan di media sosial selepas membuat gaya memotong leher ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia semalam.

Pemain Ivory Coast itu menyambut jaringan ketika berdepan Mali dengan berdiri di depan penonton serta meletakkan jarinya di leher seakan-akan aksi memotong leher.

Ivory Coast menang perlawanan kelayakan Kumpulan C bagi Afrika dengan keputusan 3-1 di Bouake.

https://www.youtube.com/watch?v=nog8QPnzo5g

Aurier membuat aksi berkenaan selepas hantaran lintangnya disepak masuk ke gawang sendiri oleh Salif Coulibaly bagi membolehkan pasukan tuan rumah mendahului 2-1 di minit ke-31.

Nama Aurier trending di media sosial selepas insiden tersebut, dengan ramai yang memarahinya dan mengutuk media.

Pemain kontroversi berusia 23 tahun itu turut berdepan masalah bulan lalu apabila dihukum penjara dua bulan selepeas menyerang seorang pegawai polis – namun bernasib baik kerana di Perancis, hukuman yang singkat biasanya dilepaskan secara automatik.

Musim lalu, dia turut berdepan masalah bersama kelabnya apabila membuat komen menghina jurulatih PSG ketika itu, Laurent Blanc, dan rakan sepasukannya yang lain termasuk bintang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, dalam sebuah video di media sosial.

Perbuatannya itu menyebabkan dia digantung lima bulan oleh PSG tetapi mengakui telah melakukan kesilapan yang bodoh.

Other posts by