Hockey

Bekas pemain hoki kebangsaan meninggal dunia

Bekas pemain hoki kebangsaan, Aminullah Karim telah meninggal dunia.

Aminullah, salah seorang pemain skuad hoki Malaysia yang melayakkan diri ke Olimpik buat kali pertama di Sukan Olimpik Melbourne pada tahun 1956, meninggal dunia pada usia 85 tahun Ahad lalu.

Aminullah yang lahir di Tapah, Perak menerima pendidikan di Sekolah Inggeris Kerajaan (GES) di Tapah sebelum berpindah ke Sekolah Tinggi Anderson, Ipoh.

Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk R. Yogeswaran menggambarkan Aminullah sebagai seorang ‘lelaki hebat’.

“Dia merupakan senior di sekolah dan merupakan seorang idola kerana di seorang pemain yang sangat menakjubkan di Perak. Saya ingat lagi melihat dia bermain. Dia pernah menghadiahkan saya kayu hoki suatu ketika dahulu,” kata Yogeswaran.

“Saya sangat menghormati dia. Dia merupakan salah seorang pemain terbaik pernah mewakili negara.”

Wilfred Vias, salah seorang dari rakan karib Aminullah dan bekas rakan sepasukannya di Johor pada tahun 1950, berkata dia terkejut mendengar berita kematian rakannya itu.

“Dia merupakan pemain di bahagian kiri terbaik negara di zaman kemuncaknya. Pada tahun 1955, kami bermain dengan pasukan Johor yang menang empat piala menewaskan Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka,” kata Vias yang juga merupakan bekas ketua pasukan kebangsaan.

Other posts by