Football

Kedah berwaspada dengan ancaman Safuwan di separuh akhir Piala Malaysia

Kedah akan berwaspada dengan pemain tengah Singapura Safuwan Baharudin, yang disebut sebagai antara pemain PDRM FA yang mampu memberi ancaman kepada mereka dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat pada hari Sabtu ini.

Kedah mendahului 2-1 menjelang separuh akhir kedua ini, selepas jaringan dari Thiago Augusto dan Liridon Krasniqi memberikan Kedah kelebihan ke atas PDRM yang menjaringkan gol pendahuluan menerusi sepakan penalti Guilherme De Paula di awal permainan.

Namun, jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe memberi amaran mengenai ancaman the Cops, yang pastinya akan berusaha untuk mencari kemenangan.

“PDRM sangat bagus menyerang balas, mereka mempunyai pemain yang pantas dan mampu menggerakkan bola denhan laju.

Photo Credit: FourFourTwo
Photo Credit: FourFourTwo

”Safuwan, De Paula, Fakrul Aiman dan Andre adalah antara pemain yang mampu menghukum kami jika kami bermain secara bertahan,” kata Tan kepada ESPN FC.

“Kami perlu mempertahan kelebihan kami, dan pada masa yang sama mencari lagi gol yang akan memberikan kami keselesaan dalam perlawanan ini.”

 

Walaupun bermain di tempat lawan, penyokong Kedah pastinya akan memenuhi Stadium Hang Jebat demi memberikan sokongan kepada skuad hijau kuning.

Satu lagi perlawanan menyaksikan juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor bertandang ke Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi bertemu T-Team selepas mendahului 2-1 di Shah Alam.

Other posts by