V Shem-Wee Kiong terajui ranking dunia

0
Photo credit: New Straits Times

Bergu negara, Goh V Shem – Tan Wee Kiong kini berada di kedudukan No.1 dunia bagi Superseries walaupun bergelut mencari rentak di awal musim.

Pemenang pingat perak Olimpik itu kini berharap untuk mengekalkan status terbaru mereka dengan menunjukkan aksi terbaik dalam kejohanan Superseries berturut-turut minggu ini dalam Terbuka Denmark yang akan berlangsung di Odense dan Terbuka Perancis di Paris pada 25-30 Oktober.

Pada hari Jumaat, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menaikkan nama V Shem- Wee Kiong selepas mengeluarkan nama gandingan Korea Selatan, Lee Yong-dae – Yoo Yeon-seong. Selepas memenangi Terbuka Korea bulan lalu, Yong-dae mengumumkan persaraannya dari sukan badminton.

V Shem begitu teruja apabila dinaikkan ke kedudukan teratas.

“Saya sangat terkejut melihat senarai terbaru pada hari Jumaat. Ini kali pertama saya dan Wee Kiong berada di kedudukan pertama,” kata V Shem. “ Ianya satu musim yang bercampur untuk kami tahun ini. Kami masih belum sampai ke final dalam lapan pusingan ini,” tambahnya.

Bergu No.7 dunia itu hanya berjaya ke tiga separuh akhir – di All-England, Terbuka India dan Terbuka Korea – juga satu aksi suku akhir di Terbuka Indonesia. Mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia, Singapura, Australi dan Jepun.

Hanya lapan bergu terbaik selepas menamatkan 12 siri Jelajah akan beraksi di Kejohanan Akhir Dunia Superseries BWF yang akan berlangsung Dubai pada 14-18 Disember.

Selain Terbuka Denmark dan Perancis, dua lagi baki saingan adalah Terbuka China (15-20 November) dan Terbuka Hong Kong (22-27 November).

“Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan kedudukan No.1 kami dengan beraksi konsisten di Eropah. Kami mahu ke Dubai sebagai bergu No.1,” kata V Shem.

Secara realistic, bergu China Chai Biao – Hong Wei dan bergu Jepun Takeshi Kamura- Keigo Sonoda masih mampu merampas takhta V Shem-Wee Kiong yang memungut 41,710 mata dalam kedudukan. Chai Biao- Hong Wei di kedudukan kedua dengan 41,140 mata sementara Kimura-Sonoda di tempat ketiga dengan 36,450 mata.

Di Terbuka Denmark, Chai Biao-Hong Wei merupakan pilihan utama dan diundi di bahagian yang sama dengan Kamura-Sonoda sementara pilihan keempat, V Shem – Wee Kiong berada di bahagian bawah undian dengan