Football

Tiket final Piala Malaysia mula dijual 26 Oktober

Sebanyak 30,000 keping tiket telah diperuntukkan kepada kedua-dua Selangor dan Kedah untuk perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 30 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia ini berharga RM50 untuk tiket dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Tiket akan mula dijual di Stadium Shah Alam dan Stadium Darulaman di Alor Setar pada 26 Oktober ini.

Football Malaysia Limited Partnership (FMLLP), penganjur perlawanan ini, turut mengumumkan bahawa 10,000 keping tiket akan dijual secara online di wwww.tickethotline.com.

Adakah kita akan melihat Stadium Shah Alam dibanjiri merah kuning atau hijau kuning pada 30 Oktober ini? Sama-sama kita nantikan. Kami di FourthOfficial pun tidak sabar!

Other posts by