Cycling

Malaysia jadi tuan rumah Kejohanan Lumba basikal trek Asia 2016

Laluan pelumba Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dilihat menjadi mudah.

Ini kerana Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Konfederasi Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Rakyat, Ipoh pada tahun 2018 .

Myanmar pula akan menjadi penganjur acara jalan raya.

Misi merebut tempat ke Sukan Olimpik Tokyo akan bermula pada tahun 2018 dan Kejohanan ACC akan memberikan mata.

Malaysia, sebagai tuan rumah akan dibenarkan meletakkan tiga pelumba dalam acara pecut dan keirin.

Pemangku Presiden ACC Datuk Abu Samah Wahab, yang juga presiden Persekutuan Lumba Basikal Malaysia (MNCF), berkata Malaysia telah dianugerahkan tugasan sebagai tuan rumah selepas Thailand dan Korea Selatan menarik diri bidaan mereka dalam mesyuarat jawatankuasa ACC di Doha, Qatar pada hari Ahad.

“ACC adalah acara kelayakan untuk benua ke Olimpik. Ianya satu peluang baik kepada pelumba elit kita seperti Azizulhasni Awang, Mohd Shah Firdaus Shahrom dan Fatehah Mustapa untuk memungut mata. Mereka akan berlumba di negara sendiri berbanding berlumba di Eropah atau Amerika Selatan,” kata Abu Samah.

Hanya dua pelumba Malaysia – Azizulhasni dan Fatehah – layak ke Sukan Olimpik Rio Ogos lalu.

Azizulhasni berjaya merangkul pingat gangsa – pingat pertama Malaysia dalam acara berbasikal – sementara Fatehah gagal melepasi peringkat kelayakan acara pecut wanita.

Other posts by