Chong Wei mungkin terlepas beraksi di Terbuka Perancis

0
Photo credit: scmp

Peluang Lee Chong Wei untuk menyertai saingan Terbuka Perancis yang akan bermula hari ini diragui.

Pemain No.1 dunia itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring yang dialaminya ketika beraksi dalam saingan suku akhir Terbuka Denmark di mana dia kalah kepada pemain Perancis Brice Leverdez.

Chong Wei telah bergelut ketika sesi latihan sejak dua hari yang lalu akibat kecederaan itu.

Jurulatih negara Hendrawan berkata dia akan membuat keputusan sebelum bermula perlawanan pembukaan pada hari Rabu, dengan Chong Wei diundi bertemu pemain Taiwan Hsu Jen-hao.

“Chong Wei, Sandra Fielder physiotherapist kami dan saya telah berbincang hari ini. Sandra berkata Chong Wei tidak dapat bergerak seperti kebiasaannya,” kata Hendrawan.

“Kami akan terus merawat dia malam ini dan cuba melakukan latihan ringan. Jika pergerakannya baik, dia akan bermain….jika dia terus bergelut, kami akan menarik diri.

”Harapnya, dia akan merasa lebih baik esok.”