Football

Perlawanan Serie A dihentikan kerana gempa bumi

Perlawanan Serie A di antara Pescara dan Atalanta dihentikan buat beberapa minit apabila gempa bumi yang kuat melanda Itali tengah semalam.

Pengadil Marco Guida menghentikan perlawanan pada minit ke-30 tetapi menyambung semula permainan tiga minit selepas itu apabila gegaran berhenti.

Itali tengah, termasuk ibu negara Rome, dilanda dua gempa bumi kuat petang semalam.

Gegaran pertama, yang mencatat 5.4 magnitude, menyebabkan penduduk berlari keluar dari rumah dan menunggu di jalanan.

Other posts by