Cycling

Peserta Melaka International Century Ride mahukan pampasan

Peserta yang telah membayar yuran penyertaan untuk menyertai Melaka International Century Ride (MICR) menerima khabar buruk apabila penganjur mengumumkan bahawa perlumbaan 160km itu dibatalkan.

Photo credit: Facebook MICR 2016
Photo credit: Facebook MICR 2016

Penganjur acara berkenaan MySkill Media mengumumkan berita berkenaan di laman Facebook mereka bahawa MICR tidak dapat diteruskan disebabkan kekangan kewangan dan dinasihatkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan perlumbaan tersebut.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata penganjur perlu memulangkan yuran penyrtaan kepada peserta yang sudah mendaftar.

“Ditakuti ini akan memberi kesan kepada penganjur lain juga, terdapat banyak kes di mana acara dilakukan secara suka-suka, mereka tidak bertanggungjawab,” kata Setiausaha MNCF Ibrahim Mustapa.

Dipercayai para pelumba perlu membayar RM130 sebagai yuran penyertaan. Lebih kurang tiga ribu peserta sudah mendaftar untuk perlumbaan satu hari yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad.

Pelumba yang berang menyerbu laman Facebook acara berkenaan untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap tidak bertanggungjawab penganjur yang masih belum mengumumkan mengenai pampasan.

Peserta dijanjikan T-shirt dan pingat selepas mendaftar menyertai perlumbaan ini.

Pihak penganjur terus berdiam diri mengenai permintaan bayaran pampasan sejak mengumumkan pembatalan perlumbaan tersebut.

Pada 18 Jun, salah seorang peserta Todd Smirnoff Toddy menulis di laman Facebook perlumbaan itu meminta pengesahan mengenai pembatalan perlumbaan berkenaan.

Penganjur membalas dengan menyatakan,”Jangan percaya khabar angin.”

Other posts by