Football

Penyerang Croatia pecahkan rekod dunia jaringan hatrik berturut-turut

Penyerang kelab NK Dracice Dakovo di Liga Daerah Croatia, Stjepan Lucijanic kini merupakan pemegang rekod dunia bagi jaringan hatrik berturut-turut terbanyak.

Lucijanic menjaringkan hatrik dalam perlawanan kelimanya berturut-turut selepas membantu pasukannya menewaskan NK Zrinski Drenje 10-0 sekaligus memecahkan rekod dunia yang tercipta sejak tahun 1998.

Jaringan hatriknya itu membantu kelabnya NK Dracice mencatatkan 11 kemenangan dari 11 perlawanan pertama mereka musim ini.

Photo credit: Whoateallthepies.com
Photo credit: Whoateallthepies.com

Sebelum ini, rekod jumlah jaringan hatrik berturut terbanyak dipegang oleh penyerang antarabangsa Jepun Masashija Nakayamu yang menjaringkan empat hatrik dalam empat perlawanan berturut untuk kelabnya Jubilo Iwata.

Lucijanic kini telah menjaringkan 30 daripada sejumlah 64 gol buat NK Dracice musim ini, selain turut memecahkan dua rekod kelab apabila menjaringkan enam gol dalam satu perlawanan dan menjaringkan gol dalam masa 12 saat dalam satu perlawanan lain.

Other posts by