Football

Usain Bolt sah akan berlatih bersama Dortmund

Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund telah mengesahkan bahawa pemenang pingat emas sembilan kali Sukan Olimpik, Usain Bolt akan berlatih bersama pasukan Bundesliga itu.

Hans-Joachim Watzke memberitahu majalah Kicker pada hari Ahad bahawa “ianya bukan gurauan” dan “bukan strategi pemasaran.”

Watzke memberi jawapan kepada satu laporan dari the Guardian bahawa Bolt telah merancang untuk berlatih bersama Dortmund, salah satu gergasi di Bundesliga.

Kedua-dua Dortmund dan Bolt ditaja oleh Puma, syarikat barangan sukan yang berpengkalan di Jerman, di mana presidennya telah menghubungi Dortmund untuk menyatakan keinginan Bolt untuk berlatih bersama pasukan itu.

“Kami telah lama membuat keputusan tersebut,” kata Watzke. “CEO Puma Bjorn Gulden, yang juga ahli lembaga kami, telah memberitahu bahawa Usain sangat berminat untuk berlatih bersama kami.

“Untuk kami itu tiada masalah. Jurulatih kami Thomas Tuchel sukakan idea tersebut. Sudah tentu dia tidak akan datang melawat di masa yang sukar dengan perlawanan Liga Juara-Juara tetapi mungkin ketika pra musim. Kami sangat gembira dan menerima penghormatan ini.

Ditanya jika Bolt mempunyai masa depan di Dortmund, Watzke membalas: “Kami tidak perlu bercakap mengenainya.”

 

Other posts by