Football

Pasukan muda dari China jaringkan gol menerusi rutin sepakan sudut kreatif

Tidak disangka pemain kanak-kanak mampu bermain bolasepak dengan kreatif melepasi jangkauan had umur mereka.

Pasukan muda dari China, Shanghai Bawah-10 tahun menunjukkan aksi menarik ketika mengambil sepakan sudut.

Pasukan berkenaan menggunakan beberapa tipu helah dalam perlawanan mereka dan berjaya menghasilkan gol.

Antaranya adalah taktik ‘tripple dummy’ yang pernah dilakukan oleh skuad Bawah 17 tahun Serbia beberapa tahun yang lalu.

Juga kelihatan salah satu taktik yang digunakan skuad muda ini bagaikan tipu helah yang digunakan Manchester United dalam perlawanan menentang Chelsea di Old Trafford pada tahun 2009.

Mungkinkah mereka akan menggunakan tipu helah yang sama apabila beraksi dalam pasukan senior China suatu hari nanti? Pastinya lebih menarik dari sepakan berapi Shaolin Soccer.

Other posts by