Football

10 bintang bolasepak yang pernah terlibat dengan dadah

Bolasepak merupakan sukan yang kompetetif. Untuk mendapatkan kecergasan , pemain perlu menjalani rutin latihan yang sangat memeritkan. Kadang kala pemain akan makan pelbagai vitamin dan pil bagi menjaga kesihatan mereka. Dan ada juga di antara mereka yang menggunakan bahan terlarang. Mari kita lihat 10 pemain yang pernah terlibat dengan dadah.

ARP3661371
Photo credit: Independent.co.uk
  1. Kolo Toure

Kolo tidak mengambil dadah, tetapi pernah menggunakan ubat kurus. Pada tahun 2011, pemain pertahanan Ivory Coast ini pernah digantung enam bulan kerana gagal ujian dadah. Dia mengambil ubat tersebut selepas dicadangkan oleh rakan isterinya.

 

1639735
Photo credit: Getty Images
  1. Fernando Couto

Pemain pertahanan Portugal ini terkenal dengan aksi hebatnya bersama Porto, Parma, Barcelona dan Lazio. Pada tahun 2001 ketika beraksi bersama Lazio, Couto digantung sembilan bulan selepas air kencingnya didapati mengandungi nandrolone. Dia hanya menjalani penggantungan empat bulan dari sembilan bulan yang dikenakan.

 

Photo Credit: Daily Express
Photo Credit: Daily Express
  1. Mark Bosnich

Pada tahun 2003, penjaga gol Australia ini didapati bersalah kerana menggunakan cocaine. Bosnich mendakwa seseorang telah meletakkan dadah berkenaan dalam minumannya tanpa dia sedari. Bosnich digantung sembilan bulan.

 

Photo credit: Sky Sports UK
Photo credit: Sky Sports UK
  1. Jake Livermore

Pemain Hull City ini didapati terlibat dengan cocaine awal Mei lalu. Walaupun dia masih bermain musim ini, namun dia tidak akan dapat bermain pada musim hadapan. Hull City telah mengesahkan mereka telah menggantung Livermore.

 

Photo credit: Birmingham Mail
Photo credit: Birmingham Mail
  1. Garry O’Connor

Bekas pemain antarabangsa Scotland ini didapati positif menggunakan cocaine dalam satu ujian yang dijalankan pada tahun 2009 ketika dia bermain dengan Birmingham City. O’Connor mendedahkan dia pernah membelanjakan 4 juta Pound untuk dadah, arak dan kereta.

 

Phot
Photo credit: Dailymail.co.uk
  1. Jaap Stam

Pemain pertahanan kental Lazio ini pernah didapati bersalah pada tahun 2001 selepas didapati bersalah menggunakan steroid nandrolone. Stam digantung lima bulan, namun selepas membuat rayuan dikurangkan kepada hanya satu bulan.

 

Photo credit: Footyfair
Photo credit: Footyfair
  1. Edgar Davids

Pemain tengah yang terkenal dengan imej berkaca mata ini turut terlibat dengan bahan terlarang apabila didapati menggunakan steroid nandrolone ketika beraksi bersama Juventus pada tahun 2001. Dia dikenakan penggantungan selama dua tahun namun dikurangkan kepada hanya empat bulan.

 

download
Photo credit: Daily Star
  1. Adrian Mutu

Penyerang berbakat dari Romania ini didapati bersalah menggunakan cocaine pada September 2004 dan digantung enam bulan. Mutu malangnya tidak serik dan sekali lagi gagal ujian dadah pada tahun 2010.

 

B0fl0dGIMAAPkfH
Photo credit: Twitter @Sporf
  1. Pep Guardiola

Siapa sangka pengurus yang hebat pada zaman ini juga pernah gagal ujian dadah. Nampaknya Pep yang beraksi bersama Roma ketika itu juga tidak dapat lari dari kegilaan penggunaan steroid pada awal 2000. Dia didapati menggunakan nandrolone dan dikenakan penggantungan selama empat bulan.

 

download (1)
Photo credit: SB nation
  1. Diego Maradona

Nama yang tidak asing lagi. Pernah digelar pemain terhebat di dunia, Maradona mengejutkan peminat bolasepak apabila didapati terlibat dengan dadah. Dikenali sebagai penagih tegar, Maradona gagal ujian dadah pada tahun 1991, selain terlibat dengan cocaine dan dikenakan penggantungan 15 bulan. Tiga tahun selepas itu di Piala Dunia 1994, dia didapati positif menggunakan ephedrine dan ditendang keluar dari kejohanan.

Other posts by