Football

Kelab League One tawarkan Steven Gerrard jawatan pengurus

Steven Gerrard telah memberitahu MK Dons: “Berikan saya tawaran yang saya tidak boleh tolak”.

Legenda Liverpool itu telah mengadakan perbincangan bersama kelab League One itu berkenaan jawatan pengurus selepas kelab berkenaan memecat pengurus mereka Karl Robinson bulan lalu.

Bekas kapten Liverpool dan England itu bersemangat untuk menjadi pengurus selepas menolak kontrak sambungan untuk bermain di LA Galaxy…tetapi mahu Dons memberi petunjuk bahawa mereka serius untuk mensasarkan Liga Perdana Inggeris sebelum dia menyertai kelab itu.

Gerrard telah membuat perbincangan awal dengan pengerusi Dons Pete Winkleman dan telah memberi pengesahan kepada kelab yang kini berada di zon penyingkiran League One itu bahawa dia mahu berbincang lebih lanjut.

Ramai penyokong Liverpool menyangka wira mereka itu akan kembali ke Anfield sebagai sebahagian daripada staff kejurulatihan selepas Klopp menegaskan bahawa akan sentiasa ada jawatan untuknya.

Namun, kelab Anfield itu masih belum membuat sebarang tawaran kepada Gerrard dan dijangka tidak akan melakukan sebarang perbincangan bersama kem Gerrard sehingga selepas Krismas disebabkan jadual yang padat – di mana ia memberikan Winkleman peluang untuk mendekati pemain berusia 36 tahun itu.

Winkleman juga dipercayai telah menghubungi dua lagi bekas pesaing Gerrard, iaitu ikon Manchester United Ryan Giggs dan bekas pemain kesayangan Chelsea, Frank Lampard, untuk jawatan berkenaan.

Gerrard sememangnya bersungguh untuk menjadi seorang jurulatih atau pengurus ternama dan kini sedang mengambil lesen kejurulatihan UEFA kelas A, di mana ia akan membenarkan dia memegang jawatan pengurus.

Dia juga boleh menggabungkan tugas sebagai seorang pengurus dan pemain kerana Gerrard dilihat masih cergas dan berupaya untuk terus bermain.

Other posts by