Football

JDT umum perpindahan Nazmi Faiz

Pemain tengah Selangor, Nazmi Faiz Mansor sah menyertai juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta’zim.

JDT, membuat pengumuman tersebut di laman Facebook Rasmi mereka, Johor Southern Tigers pada hari Ahad dan turut menyatakan bahawa bekas pemain kelab Beira Mar itu akan dihantar ke Jepun.

“Pemain yang akan dihantar ke Jepun ini oleh pihak pengurusan berasa teruja dengan apa yang dimiliki oleh JDT dan tidak sabar untuk bermain bersama skuad utama.”

Nazmi sebelum ini pernah bermain di Portugal sebelum kembali ke Malaysia untuk beraksi bersama PKNS selama semusim dan berpindah ke Selangor pada tahun 2014.

Dia membantu Selangor untuk menjulang Piala Malaysia pada tahun 2015 namun gagal mengulangi pencapaian tersebut tahun ini apabila tewas kepada Kedah di perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

Other posts by