Besiktas rancang menggunakan bahasa isyarat untuk bersorak di Liga Juara-Juara

0
Photo credit: ReviereSport

Menjelang perlawanan Liga Juara-Juara pada malam Rabu, Besiktas meminta penyokong mereka untuk turut serta dalam ‘sorakan sunyi’ pertama dalam bolasepak.

Dalam satu video yang disebarkan menggunakan Twitter rasmi Besiktas, kelab Turki itu meminta penyokong diam untuk minit pertama perlawanan menentang Benfica bagi menjayakan mesej khas menggunakan bahasa isyarat.

Mesej pertama adalah “Kami bersatu menentang perkauman,” sementara yang kedua pula adalah “Black Eagles” – gelaran kelab Turki itu.

Selepas sebelum ini memecahkan rekod capaian decibel di dalam Stadium sewaktu perlawanan Liga Juara-Juara (menentang Liverpool pada tahun 2007), Besiktas kini mahu melakukan sesuatu yang sedikit senyap.

Ini satu perkara hebat dan membuktikan bolasepak adalah milik semua!