Football

Penyokong Juventus cedera parah diserang sekumpulan penyokong Sevilla

Sekumpulan penyokong Sevilla telah menyerang penyokong Juventus sehingga menyebabkan seorang daripada mereka cedera parah di sebuah bar.

Kumpulan ultras berhaluan kiri dikatakan menyerang bar ‘El Papelon’ di pusat bandar pada petang Isnin.

Insiden berkenaan didakwa berlangsung selama empat-lima minit dan melibatkan 30-40 orang ultras yang menyerang bar tersebut.

Photo credit: The Sun UK
Photo credit: The Sun UK

Menurut Tuttosport yang berpengkalan di Turin, tiga penyokong telah tercedera: seorang lelaki Itali, seorang penduduk tempatan warganegara Belgium dan seorang lelaki Sepanyol, yang masih berada di hospital tetapi kini stabil.

Penyokong Juventus itu dikatakan dipukul dengan botol di paha dan dadanya, dan gambar menunjukkan dia berlumuran darah.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Maria, memetik kata-katanya dari Tuttosport, mendakwa penyokong Sevilla itu menyerbu ke dalam bar itu pada lewat malam Isnin dengan memakai topeng sebelum menyerang semua yang berada di dalamnya.

“Mungkin sekitar 11.30-12.00, tiba-tiba satu kumpulan yang memakai pakaian hitam dan menutup muka, menyerbu masuk dan menjerit, ‘Sevilla, Sevilla.”

Seorang lagi saksi, turut dipetik dari Tuttosport mendakwaL “Ianya bukan satu pergaduhan, ianya serangan. Ianya dirancang oleh kumpulan yang menyerang pelanggan yang sedang minum di dalam bar tanpa masalah.”

Sevilla telah mengeluarkan satu kenyataan mengakui bahawa penyerang adalah penyokong Sevilla, mengecam keganasan dan menyuarakan kesediaan untuk berkerjasama dengan polis.

“Kelab telah memberikan pihak polis semua maklumat yang berkaitan,” tulis kenyataan rasmi kelab berkenaan.

“Kelab mengecam keras kejadian yang berlaku pada malam Isnin di mana ia melibatkan sekumpulan penyokong pasukan.

“Kelab mahu menegaskan bahawa penyokong ini tidak mewakili nilai dan penghormatan pasukan.”

Kenyataan tersebut turut menggalakkan penyokong lain untuk mengecam tindakan sebilangan kecil penyokong Sevilla yang terlibat dengan kejadian itu.

Other posts by