Football

Anggota Parlimen England salahkan sekolah swasta di atas kegagalan England

Kegagalan pasukan bolasepak England di peringkat antarabangsa adalah disebabkan pemain yang menerima pendidikan swasta, kata seorang Anggota Parlimen Parti Buruh di England.

Stella Creasy, Anggota Parlimen Walthamstow, percaya kekurangan pemain dari sistem sekolah awam merupakan satu isu.

Pada tahun 2014, satu laporan mobility sosial mendedahkan bahawa 13 peratus pemain pasukan England belajar di sekolah swasta, dengan 83 peratus belajar di sekolah awam – berbanding 88 peratus bagi keseluruhan populasi UK.

Bercakap ketika debat berkenaan isu sosial, Creasy berkata: “ 13 peratus dari pemain bolasepak kebangsaan kita pergi ke sekolah swasta, di mana ia dua kali ganda dari jumlah keseluruhan penduduk negara kita yang ke sekolah swasta.”

Dari barisan pemain yang ada dalam skuad Three Lions, hanya dua daripada mereka yang menerima pendidikan swasta – Theo Walcott dan Alex Oxlade Chamberlain.

Di awal perdebatan tersebut John Redwood, anggota parlimen dari Parti Konservatif menyatakan bahawa kanak-kanak dinilai bakat mereka di usia muda sama seperti pemilihan ke ‘grammar schools’.

Membalas kenyataan tersebut, Creasy berkata: “Adakah dia rasa itu mungkin punca kegagalan pasukan bolasepak kita, jika kita tidak melihat bakat yang ada di sekolah awam?

“Dan adakah dia akan mengakui bahawa itu masalah yang kita hadapi sekarang? Kita bakal terlepas banyak bakat kerana tumpuan kita terlalu sempit.

Sebagai perbandingan, separuh dari pemain pasukan ragbi UK, dan 45 peratus pemain pasukan kriket England menerima pendidikan di sekolah awam. Hanya satu pertiga daripada mereka yang pergi ke sekolah swasta.

Other posts by