Football

Legenda Manchester United menyokong Donald Trump?

Berita mengejutkan buat penyokong pasukan Manchester United terutamanya yang anti Donald Trump apabila video ucapan ‘Thanksgiving’ beliau menampilkan seorang bekas pemain Manchester United.

Dalam video tersebut, tiba-tiba muncul kelibat Andy Cole di Old Trafford sambil memegang mafla yang tertulis ‘One United USA’. Cuba anda lihat dalam video di bawah pada saat ke-55.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=50&v=kmhZhaZLWm8

Namun sebenarnya One United USA bukanlah satu kempen Trump, tetapi kelab keahlian penyokong Manchester United di Amerika Syarikat.

Bagaimana dan kenapa gambar tersebut digunakan oleh Trump masih satu misteri. Adakah Trump merupakan penyokong Manchester United? Atau sekadar satu gimik untuk menarik penyokong Manchester United di Amerika Syarikat untuk menyokongnya?

Other posts by