Justin Bieber bergambar dengan Sergio Ramos beberapa hari selepas berlatih bersama Barcelona

0
Photo credit: Twitter

Dengan El Clasico akan berlangsung tidak lama lagi, nampaknya bintang pop Justin Bieber tidak dapat membuat keputusan untuk menyokong pasukan mana.

Beberapa hari selepas berlatih bersama Barcelona, penyanyi Kanada itu dilihat bergambar bersama pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos selepas membuat persembahan di Madrid pada hari Rabu.

Photo credit: Instagram Sergio Ramos
Photo credit: Instagram Sergio Ramos

Pemain pertahanan Sepanyol itu telah menyiarkan gambar tersebut di akaun instagramnya dengan ayat: “Kenal dia? Persembahan hebat Justin Bieber.”

Ramos sehari sebelum itu telah membantu pasukannya menang ke atas Sporting Lisbon dalam saingan Liga Juara-Juara dan satu lagi kemenangan ke atas Borussia Dortmund akan meletakkan mereka di tangga teratas Kumpulan F.

Barcelona pula menang 2-0 ke atas Celtic menerusi dua jaringan Lionel Messi yang sebelum itu bergambar dengan bintang pop itu bersama rakan sepasukannya Luis Suarez.

Bieber menjalani latihan bersama pasukan Catalan itu dan boleh dilihat menerusi akaun Youtube rasmi Barcelona.

Real dan Barcelona akan bertemu pada 3 Disember ini.