Penyokong Chelsea dirakam menyanyikan lagu berbaur perkauman

0
Photo credit: Mirror.co.uk

Penyokong Chelsea telah dirakam menyanyikan lagu anti-yahudi di stesen keretapi selepas kemenangan ke atas Tottenham pada hari Sabtu.

Penyokong Blues itu dilihat menyanyikan lagu itu di District Line selepas menang 2-1 ke atas Spurs di Stamford Bridge.

Tottenham mempunyai penyokong berbangsa Yahudi yang ramai dan itu diejek oleh penyokong Chelsea selepas mereka menamatkan rekod tanpa kalah Spurs musim ini.

Seorang penyokong Spurs memberitahu Mirror Football bahawa penyokong Chelsea membuat provokasi kepada mana-mana penyokong Spurs yang mereka temui dan cuba membuat kacau di dua stesen berasingan namun dihalang pihak polis.

Awal tahun ini, penyokong Chelsea menyanyikan lagu anti-Yahudi kepada seorang penumpang berbangsa Yahudi di dalam tren selepas kemenangan ke atas MK Dons dalam aksi Piala FA.

Kejadian ini berlaku selepas kelab mengeluarkan kenyataan sebelum perlawanan untuk meminta penyokong untuk tidak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Pada bulan Julai tahun lalu, empat penyokong Chelsea dihalang menyaksikan perlawanan untuk 18 tahun ekoran insiden perkauman di Paris Metro.

Chelsea sedang beraksi di Perancis dalam saingan Liga Juara-Juara ketika itu untuk menentang PSG, dan penyokong mereka menghalang seorang penumpang berkulit hitam menaiki tren.

Sejak itu, kelab telah berikrar untuk mengeluarkan polisi tegas bagi menghalang perkara seperti itu berulang lagi.