Football

Media sosial dibanjiri ucapan takziah kepada Chapecoense

Tragedi yang menimpa kepada pasukan Chapecoense mengejutkan seluruh dunia bolasepak. Semua peminat, kelab dan pemain mengucapkan takziah dan berduka di atas tragedi yang terjadi kepada kelab dari Brazil itu.

Antara ucapan takziah yang menyayat hati adalah daripada penjaga gol Manchester United, David De Gea.

De Gea berkongsi kisah lampaunya ketika dia bersama Atletico Madrid di mana dia berkongsi satu bilik persalinan dengan Cleber Santana yang turut terkorban dalam tragedi itu.

Selain itu, turut tersebar di media sosial adalah video penyerang Chapecoense,Tiaguinho yang mendapat khabar gembira apabila dia bakal menjadi bapa seminggu yang lalu.

Kapal terbang yang dinaiki pasukan Chapecoense dan beberapa penumpang lain terhempas dalam perjalanannya dari Bolivia ke Medellin di Colombia mengorbankan 75 orang penumpang. Sekurang-kurangnya enam orang terselamat termasuk tiga orang pemain iaitu Alan Ruschel, Jakson Follman dan Zampier Neto. Penjaga gol,Danilo berjaya dikeluarkan dari tempat kejadian namun dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan.

Other posts by