ATM gantikan DRB Hicom di Liga Premier 2017

0
Photo credit: Lowyat.net

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menggantikan pasukan DRB Hicom yang menarik diri dari Liga Premier 2017.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengumumkan perkara berkenaan menerusi satu siaran media yang disiarkan di laman Facebook rasmi mereka petang Khamis.

Menurut kenyataan tersebut, FMLLP berkata: “FMLLP telah mengusulkan pertimbangan dan kelulusan melalui resolusi kepada Ahli Lembaga Pengarah FMLLP dan dengan itu lembaga pengarah FMLLP telah memutuskan untuk mengekalkan penyertaan ATM yang berada di kedudukan ke-11 dalam saingan 100PLUS Liga Premier 2016 dalam pertandingan Liga Premier 2017 bagi menggantikan KL DRB Hicom FC.

“Situasi ini sama seperti tahun sebelumnya di mana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertimbang dan meluluskan untuk mengekalkan Kuala Lumpur yang berada di tangga ke-11 Liga Premier 2015 untuk bersaing di 100PLUS Liga Premier 2016.”

Pasukan ATM perlu membuat pengesahan rasmi sama ada mereka akan menyertai Liga Premier 2017 pada atau sebelum 5 petang hari Jumaat.

ATM berada di tangga kedua tercorot Liga Premier apabila hanya