Football

Ronald Koeman salahkan isterinya kerana ‘pokok krismas Liverpool’

Dalam satu kisah pelik bolasepak minggu ini, Ronald Koeman dipaksa menukar hiasan pokok Krismasnya.

Bukan kerana pokok itu kelihatan pelik, atau terlampau besar, tetapi ianya terlalu ‘merah’ dan mengguris hati peminat Everton yang berwarna biru…

Dalam satu video temuramah, pengurus Everton itu ketika ditanya mengenai insiden berkenaan mendedahkan bahawa isterinya yang perlu dipersalahkan, kerana dia yang diberi tugas untuk menghias pokok itu.

Dia tertawa ketika ditanya mengenai insiden itu, dan menerangkan bahawa dia memahami perasaan peminat fanatik Everton.

Koeman kemudiannya menjelaskan bahawa dia sendiri menyokong Everton, dan untuk menjernihkan keadaan, menyatakan bahawa pokok tersebut berwarna merah kerana hari Krismas itu sering dikaitkan dengan warna merah.

Kepada peminat Everton, cuba google imej Santa Claus dan anda tidak akan melihat dia memakai baju berwarna biru, tetapi dia belum tentu menyokong Liverpool. Mungkin dia penyokong Kelantan, siapa tahu?

Other posts by