Football

“Saya ingin bermain untuk Chapecoense” – Eidur Gudjohnsen

 

Bekas pemain Barcelona dan Chelsea Eidur Gudjohnsen telah menawarkan khidmatnya kepada Chapeceonse menerusi laman Twitter peribadinya.

“Saya ingin bermain untuk Chapecoense jika mereka mempunyai tempat untuk saya! Bukan sekadar untuk bermain bersama Ronaldinho sekali lagi #ForcaChape,” tulis pemain berusia 38 tahun itu yang sebelum ini bermain untuk FC Pune City.

Pemangku presiden Chapecoense, Ivan Tozzo berkata kelab berkenaan- yang mendaki dari divisyen bawahan selepas ditubuhkan pada tahun 1973 – bersemangat untuk membentuk semula pasukan, tetapi hanya dapat dilakukan menerusi bantuan dari seluruh komuniti bolasepak.

Hanya tiga anggota pasukan mereka – pertahanan Alan Luciano Ruschel, penjaga gol simpanan Jackson Ragnar Follmann dan pertahanan tengah Helio Hermito Zampier Neto – yang terselamat dalam nahas itu.

Dalam berita lain, Chapecoense telah dinamakan sebagai pemenang Copa Sudamericana selepas pesawat kelab Brazil itu terhempas dalam perjalanan ke perlawanan akhir.

Pesawat yang membawa anggota pasukan Chapecoense, termasuk pegawai pasukan dan wartawan, ke Medellín untuk perlawanan akhir menentang pasukan dari Colombia Atlético Nacional terhempas Isnin minggu lalu, mengorbankan 71 penumpang termasuk 19 orang pemain.

Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMBEBOL) telah secara rasmi mengumumkan mereka juara Copa Sudamericana 2016.

Photo credit: The Guardian UK
Photo credit: The Guardian UK

Pengumuman tersebut dilakukan selepas Nacional meminta Conmebol menganugerahkan piala berkenaan sebagai penghormatan kepada semua mangsa nahas tersebut.

Badan pentadbir bolasepak Amerika Selatan itu juga mengumumkan bahawa mereka telah menganugerahkan Nacional dengan anugerah Fair Play Centennial Conmebol berjumlah $1 juta.

Dalam satu kenyataan, mereka berkata: “Untuk Conmebol tiada contoh terbaik mengenai ‘semangat keamanan, pemahamam dan fair play’ yang telah ditunjuk sebagai objektif institusi kami daripada solidariti, pertimbangan dan hormat yang ditunjuk oleh Atlético Nacional kepada rakan seperjuangan mereka dari Chapecoense.”

Semua perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa minggu ini akan mengadakan tempoh satu minit untuk berkabung sebagai tanda penghormatan kepada semua yang terkorban.

Other posts by