Football

VIDEO: Pemain Liga Greece terlepas peluang menakjubkan!

Ada kemungkinan besar anda terlepas perlawanan hebat di antara Makedonikos Kozanis dan Vatera di….Liga bolasepak keempat Greece.

Namun, perlawanan yang mungkin boleh menyebabkan anda tertidur itu mempunyai satu detik yang menakjubkan – apabila penyerang Kozanis, Thanasis Takidis terlepas peluang yang menakjubkan di mana ia mampu membuat anda terfikir “bagaimana dia boleh tak menjaringkan gol?.”

https://www.youtube.com/watch?v=qpzGv-zurXw

Selepas berjaya mencuri bola dari penjaga gol yang cuba membuat skill seperti Manuel Neuer, Thanasis gagal menjaringkan gol walaupun hanya 30cm lagi untuk dia menolak bola masuk ke gawang yang tidak dijaga.

Mungkin bagi Thanasis, dia boleh berkata pemain pertahanan lawan sempat memberikan tekanan kepadanya di saat akhir, namun melihat kepada video di atas, kita semua tahu apa sepatutnya berlaku.

Mungkin ia bukan hari untuk Thanasis. Siapa tahu dia akan menjaringkan hatrik atau jaringan yang layak menyertai anugerah Puskas dalam perlawanan seterusnya?

Other posts by