Football

Bekas bintang Arsenal duduki tangga teratas dalam carta lagu Jerman

Penyerang Galatasaray Lukas Podolski nampanya bukan sekadar sibuk di atas padang tetapi juga bakal sibuk di atas pentas tidak lama lagi.

Bekasp pemain Arsenal itu bersama penyanyi Rap Mo-Torres dan Cat Ballo mengeluarkan lagu bertajuk Liebe deine Stadt, yang jika diterjemahkan menjadi Cintai Bandar Anda (Love Your City).

Lagu tersebut yang kini berada di tangga teratas carta lagu Jerman menceritakan mengenai bandar Cologne, tempat di mana Podolski memulakan kerjaya bolasepaknya bersama FC Koln.

Selepas lagu tersebut dimainkan di stesen radio, ia terus menjadi lagu yang paling dimuat turun di Jerman dan naik ke tangga teratas cara lagu.

Podolski begitu gembira dengan kejayaan itu dan menggunakan laman Instagramnya untuk meluahkan kegembiraannya.

“Apa yang terjadi beberapa hari lalu sangat menakjubkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menyokong lagu kami Liebe deine Stadt. Saya tidak menyangka ia akan mencapai kejayaan seperti ini. ”

Mungkin selepas ini kita boleh menyaksikan Safiq Rahim dan Fakri Saarani menyanyi bersama Altimet dan SonaOne?

Other posts by