Klopp bawa pemain Liverpool menonton Liga Juara-Juara di Camp Nou

0
Photo credit: Getty Images

Jurgen Klopp membawa pemain-pemain Liverpool menonton aksi Barcelona menentang Borussia Monchengladbach dalam aksi Liga Juara-Juara selepas kekalahan 4-3 mereka kepada Bournemouth Ahad lalu.

Tapi mereka ke sana bukan sekadar sebagai penonton kerana tujuan asal mereka adalah untuk menjalani latihan di tempat yang lebih hangat berbanding England.

Photo credit: Getty Images
Photo credit: Getty Images

Ketiadaan aksi di kancah Eropah memberikan peluang untuk Klopp merancang sesi latihan di luar England buat pasukannya dan sekaligus memberikan peluang kepada pemainnya untuk menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara gergasi Catalan itu.

Namun, Philippe Coutinho tidak turut serta ke Barcelona kerana sedang dalam proses pemulihan di Melwood dan dia dijangka akan kembali beraksi sebelum hujung tahun.

Atau, mungkinkah Klopp risau jika Coutinho turut serta, dia akan lebih jatuh hati kepada Barcelona dan akan mengikut jejak langkah Suarez ke Nou Camp?