Football

Pendaki Extreme pecah masuk ke Stadium Emirates milik Arsenal

Stadium Emirates milik Arsenal telah menjadi stadium Liga Perdana terbaru yang dipecah masuk oleh pendaki urban.

Ini berlaku selepas Stadium London kepunyaan West Ham dipecah masuk oleh pengguna akaun Youtube Night Scape pada bulan Oktober yang disaksikan 3.6 juta kali.

Kali ini, pendaki yang dikenali sebagai DyingLlama memanjat di kawasan luar stadium sebelum memasuki kawasan tangga dengan mudah dan berjalan melepasi pintu yang tidak berkunci.

Pemuda itu dan seorang rakannya kemudian memanjat ke kawasan atas untuk ke bumbung, duduk tepat di atas kawasan ikonik stadium iaitu Clock End.

Mereka kemudiannya keluar melalui East Stand selepas mengesan bahawa kehadiran mereka disedari.

https://www.youtube.com/watch?v=yDIYG_s0W-M

Pemuda itu kemudiannya mendedahkan bahawa dia dan enam rakannya berjaya mengulangi kejayaan mereka melepasi kawalan keselamatan Stadium London.

Dia berkata:”Kami menuju ke Stratford, dan kami berjaya menceroboh masuk tanpa masalah, kesemua tujuh orang!”

Perkembangan ini menimbulkan kerisauan kepada Hammers, terutamanya selepas Stadium London mengumumkan bahawa mereka akan menilai penjagaan keselamatan mereka.

Suatu kenyataan telah dikeluarkan ekoran video dari Night Scape itu: “Kami memandang berat mengenai sebarang pencerobohan dan kami akan menilai semula kawalan keselamatan kami sebagai langkah penting.”

Other posts by