Football

Shanghai SIPG bida £60 juta untuk Oscar

Pemain tengah Chelsea bersedia untuk berpindah dengan nilai £60 juta ke Liga Super China.

Pasukan di tangga teratas liga itu dilihat bersedia untuk menerima tawaran menakjubkan dari pasukan Shanghai SiPG itu.

Bekas pengurus Chelsea Andre Villas Boas telah membuat tawaran untuk mendapatkan Oscar selepas mendengar khabar bahawa pemain itu tidak mendapat tempat dalam skuad Antonio Conte.

Pasukan kendalian jurulatih dari Itali itu sedang berada di kemuncak prestasi dalam dua bulan yang lalu, berada di tangga teratas liga dengan mencatat sembilan kemenangan dari sembilan perlawanan dan hanya bolos dua kali.

Oscar tidak bermain sejak kali terakhir membuat penampilan dalam perlawanan menentang Liverpool pada 16 September di mana mereka tewas 2-1.

Pemain berusia 25 tahun itu dipercayai tidak kisah untuk berpindah dan akan menjadi pemain kedua Chelsea berpindah ke China dalam masa 12 bulan selepas rakan senegaranya Ramires menyertai Jiangsu Suning Januari lalu.

Chelsea bersedia untuk menerima wang untuk Oscar kerana percaya tawaran itu terlampau baik untuk ditolak serta Oscar tiada tempat dalam pasukan.

Oscar menyertai Chelsea dari kelab Brazil Internacional dengan harga £25 juta. DIa kini bakal mengalahkan rekod perpindahan termahal yang melibatkan pemain Chelsea yang sebelum ini dipegang oleh David Luiz ketika dia berhijrah ke PSG.

Ini bukan kali pertama pasukan dari Liga Super China cuba mendapatkan Oscar. Sebelum ini, seorang lagi bekas pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari yang kini mengendalikan Guangzhou Evergrande, membuat tawaran untuk mendapatkannya pada musim panas lalu.

Other posts by