Football

Aksi Petr Cech di minit terakhir perlawanan menentang Everton tarik perhatian pengguna media sosial

Penjaga gol Arsenal, Petr Cech menarik perhatian pengguna media sosial dalam perlawanan menentang Everton pada hari Selasa lalu.

Cech, yang ingin menjadi wira di minit terakhir perlawanan pastinya tidak menyangka bahawa tindakannya itu akan lebih mengundang tawa berbanding pujian.

https://www.youtube.com/watch?v=QZtgqs2ZhTE

Tersebar di media sosial gambar Petr Cech yang kelihatan seakan-akan menjadi penjaga gol kedua di belakang Martin Stekelenburg dalam minit-minit terakhir perlawanan ketika Arsenal sedang berusaha mencari gol penyamaan.

Namun, sebenarnya ketika itu Cech baru sahaja berusaha untuk menanduk bola ketika bola dihantar ke kawasan penalti Everton dan terlajak hingga termasuk ke gawang gol.

https://twitter.com/EPLChronicle/status/808802155188592640

Selepas itu, satu lagi insiden yang menjadi jenaka adalah apabila Everton melancarkan serangan balas dan Cech terpaksa berhempas pulas berlari ke arah gawang golnya sendiri. Ketika itu, dia dilihat seakan-akan lebih kepada berjalan dan pasrah jika Everton dapat menjaringkan gol. Nasibnya baik kerana serangan itu tidak membuahkan hasil.

Tindakan Cech di hujung permainan itu mungkin kelihatan sedikit lucu, tapi ia sebenarnya memberikan satu momen dramatik untuk mengakhiri perlawanan itu. Walau apa pun, sekurang-kurangnya Cech mencuba untuk membantu pasukannya.

Other posts by