Football

Gergasi Eropah tolak penambahan pasukan di Piala Dunia

Badan yang mewakili kelab-kelab terbesar Eropah menolak perancangan untuk menambah pasukan dalam Piala Dunia pada hari Selasa, dengan alasan pemain ternama sudah terlalu banyak tekanan.

Presiden FIFA, Gianni Infantino mahu menambah kepada 48 pasukan bermula dengan Piala Dunia 2026, dan negara-negara Asia menyokong plan yang penuh kontroversi itu.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi amaran minggu lalu bahawa kepadatan dunia bolasepak akan ‘membunuh’ pemain dan Persatuan Kelab Eropah (ECA) menambah kritikan dan menyatakan mereka telah menghantar surat kepada Infantino bagi membantah penambahan pasukan dalam Piala Dunia.

“Kita perlu kembali fokus kepada sukan,” kata pengerusi ECA Karl-Heinz Rummenigge, yang juga pengerusi Bayern Munich.

“Politik dan perdagangan tidak patut menjadi kepentingan eksklusif dalam bolasepak.

“Dengan kepentingan penyokong serta pemain, kami memohon agar FIFA tidak menambah jumlah penyertaan pasukan dalam Piala Dunia.”

ECA, satu badan bebas yang mewakili kelab –kelab ternama Eropah, berkata jumlah perlawanan setiap tahun “telah mencapai tahap yang tidak boleh diterima”.

Ahli-ahli yang mengasaskan ECA termasuk Chelsea, Real Madrid, Juventus, Barcelona, AC Milan, Bayern Munich dan Manchester United.

Other posts by