Football

Hafiz Kamal, Shahrom Kalam sah tinggalkan Selangor

Seorang demi seorang pemain meninggalkan pasukan Selangor.

Sebelum ini Nazmi Faiz meninggalkan Red Giants untuk menyertai Johor Darul Ta’azim dan diikuti oleh wira Piala Malaysia 2015 mereka, Hazwan Bakri. Kini, giliran pemain pertahanan, Shahrom Kalam dan pemain tengah Hafiz Kamal mengikut jejak langkah mereka meninggalkan Red Giants.

Shahrom dan Hafiz diumumkan menyertai skuad Perak bagi musim hadapan menerusi satu siaran di laman Facebook rasmi pasukan Perak.

Photo credit: Facebook Perak TBG
Photo credit: Facebook Perak TBG

Shahrom sebelum ini pernah beraksi bersama Perak pada tahun 2011-2013 sebelum menyertai Selangor pada tahun 2014. Dia sebelum itu mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad Kuala Lumpur pada tahun 2008-2011.

Hafiz pula merupakan pemain tonggak Pahang ketika mereka menjulang Piala Malaysia dua tahun berturut-turut pada tahun 2013 dan 2014 selain memenangi Piala FA pada tahun 2014. Musim lalu, dia mengikut jejak langkah beberapa pemain Pahang dan jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan menyertai pasukan Selangor.

Seorang lagi pemain Selangor, R. Gopinathan yang sebelum ini dikhabarkan akan menyertai Melaka United, kini dikatakan bakal dipikat juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta’azim apabila kelibatnya dikatakan dapat dilihat di Padang Latihan Seri Gelam pada hari Isnin.

Other posts by