Football

Luis Suarez sertai kumpulan pop dan beralih arah ke bidang muzik?

Penyerang Barcelona bakal bertukar kerjaya dan menyertai kumpulan pop untuk menjadi seperti One Direction? Nampak mustahil, tetapi sebenarnya ia memang mustahil.

Luis Suarez sebenarnya hanya membuat penampilan dalam satu muzik video untuk kumpulan pop dari Uruguay, Marama untuk single terbaru mereka, ‘Pasarla Bien (Having Fun)’.

Walaupun hanya membuat penampilan untuk beberapa saat dalam video berkenaan, ramai peminat menyatakan penampilannya dalam muzik video itu ‘menarik’ dan ‘perkara terbaik mengenai video berkenaan’.

Di dalam muzik video berkenaan, Luis Suarez sekadar membuat penampilan dalam babak bermain bolasepak bersama ahli kumpulan berkenaan. Kami sebenarnya berharap dia akan membuat penampilan lebih dari itu, seperti iklan sebuah syarikat di Uruguay ini.

Other posts by