Football

Alan Pardew dipecat dari jawatan pengurus Crystal Palace

Alan Pardew telah dipecat oleh Crystal Palace ekoran lapan kekalahan dari 10 perlawanan Liga Perdana, dengan bekas pengurus England Sam Allardyce dikhabarkan akan mengambil alih jawatannya.

Menurut laporan Sky Sports, wakil Allardyce akan bertemu pengerusi Palace, Steve Parish, dalam masa 24 jam. Difahamkan masih belum ada sebarang perjanjian yang berlaku, namun bekas pengurus Sunderland dan Bolton itu mahu kembali sebagai pengurus dalam tempoh terdekat.

Kekalahan 1-0 ke atas Chelsea Sabtu lalu menyebabkan Palace jatuh ke tangga ke-17 dalam liga, satu mata di atas zon penyingkiran.

Palace memulakan 2016 dengan teruk dalam Liga Perdana, memenangi hanya enam dari 36 perlawanan liga, mengutip hanya 26 mata.

Pardew yang membawa Crystal Palace ke perlawanan akhir Piala FA pertama mereka selepas 26 tahun pada Mei lalu, dipecat dengan kontraknya masih berbaki 18 bulan.

“Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua di Crystal Palace di atas sokongan yang menakjubkan. Terutamanya kepada semua pemain serta Steve Parish dan ahli lembaga pengarah,” kata Pardew dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web kelab.

“Secara peribadi saya mempunyai perasaan bercampur baur terhadap kelab ini dan merasa sedih kerana masa saya sudah berakhir.

”Saya merasakan ikatan kuat dengan kelab ini dan berharap ianya tidak akan terkesab, saya mengucapkan selamat berjaya di masa hadapan kepada semua yang terlibat dengan kelab ini terutamanya penyokong yang sentiasa menakjubkan.”

Other posts by