Football

Penyerang Liverpool ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk

Penyerang Liverpool, Roberto Firmino telah didakwa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk selepas ditahan malam krismas.

Penyerang berusia 25 tahun itu ditangkap selepas keretanya ditahan di kawasan pusat bandar Liverpool pada awal pagi, menurut pihak polis.

Perbicaraan pemain Brazil itu dijangka akan diadakan di Mahkamah majistret Liverpool pada 31 Januari, iaitu pada tarikh yang sama Liverpool akan berdepan Chelsea di Anfield.

Firmino menyertai Liverpool dari kelab Jerman, Hoffenheim, dengan kontrak lima tahun bernilai £29 juta Jun tahun lalu.

Dia turut beraksi ketika Liverpool menentang Everton di Goodison park minggu lalu.

Jurucakap Liverpool FC menyatakan bahawa kelab tidak akan memberi sebarang ulasan mengenai isu berkenaan sehingga selesai prose’s undang-undang.

Other posts by