Football

Perlis akan dapat bantuan dari PM – Shahidan Kassim

Nampaknya Perlis tidak akan menarik diri dari Liga Malaysia musim hadapan selepas diumumkan mereka bakal diberi bantuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji akan membantu Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dalam mesyuarat kabinet minggu lalu.

Memetik kenyataan beliau seperti yang dilaporkan oleh Bernama:” Walau bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menyatakan berapa banyak bantuan kewangan akan diberikan kepada Perlis FA,” kata bekas presiden Persatuan Bolasepak Perlis itu.

Sebelum ini Perlis dikhabarkan bakal menarik diri dari Liga Perdana selepas mengalami masalah kewangan walaupun pada musim lalu dilihat berbelanja besar di bawah kendalian ketua jurulatih Dollah Salleh.

Namun, penasihat Perlis FA itu turut menyatakan bahawa Presiden PFA Datuk Rozabil perlu mencari jalan mengelakkan masalah kewangan dari berlaku lagi.

“Walaupun Perdana Menteri telah bersetuju untuk membantu persatuan, Rozabil perlu mencari dana tambaha untuk mengelakkan masalah kewangan berlaku di pertengahan musim.”

Pada musim lalu, Perlis menduduki tangga ke-6 Liga Perdana dengan mencatatkan 10 kemenangan daripada 22 perlawanan liga.

Other posts by