Football

Kelab China tawar €300 juta untuk Cristiano Ronaldo

Kelab Liga Super China sedang memburu pemain terbaik Eropah dan telah membuat bidaan paling gila setakat ini.

Kelab Sepanyol, Real Madrid telah ditawarkan €300 juta dari sebuah kelab China untuk Cristiano Ronaldo menurut ejen pemain Portugal berkenaa, Jorge Mendes.

Tawaran tersebut yang juga akan menyaksikan Ronaldo menerima €100 juta setahun, muncul selepas Carlos Tevez menjadi pemain dengan gaji termahal selepas menyertai Shanghai Shenhua.

Jika Ronaldo berpindah ke China, dia akan menerima gaji dua kali ganda dari apa yang diterima Tevez, dan bayaran perpindahannya akan menjadi tiga kali lebih tinggi dari harga yang dibayar oleh Manchester United kepada Juventus untuk Paul Pogba.

Namun Mendes menegaskan bahawa Los Blancos adalah ‘kehidupan’ Ronaldo, walaupun dia ditawarkan wang yang banyak.

Dia memberitahu Sky Sports Italia: “Dari China mereka menawarkan €300 juta kepada Real Madrid dan lebih €100 juta kepada pemain (Ronaldo).

”Namun duit bukan segalanya; kelab Sepanyol itu kehidupannya.”

Other posts by