Football

Selangor sekadar sasar elak tersingkir musim hadapan

Apa sudah jadi?

Itu perkara yang masih tidak dapat dijawab oleh penyokong pasukan Selangor. Satu demi satu masalah timbul dan merencatkan keghairahan penyokong Selangor menjelang sepak mula Liga bolasepak Malaysia 2017.

Sebelum ini Selangor sentiasa menjadikan kemenangan trofi sebagai KPI setiap musim, namun, bagi musim 2017 sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) adalah untuk mengelak dari tersingkir dari Liga Super.

Menurut ketua jurulatih baru Selangor, P.Maniam, dia telah ditugaskan untuk mengekalkan pasukan Red Giants dalam kancah Liga Super Malaysia 2017.

Memetik kata-kata beliau kepada akhbar The Star baru baru ini: “Pihak pengurusan telah meletakkan sasaran kepada saya, dan ianya adalah untuk elak penyingkiran.

“Tetapi saya rasa kami mempunyai kualiti untuk buat lebih baik dari itu. Kami tidak ada pemain bintang, tetapi kami boleh harapkan pemain muda untuk melaksanakan tugas.”

Skuad Red Giants sebelum ini mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama dua tahun berturut dan berjaya menyempurnakan misi 33 Piala Malaysia pada tahun 2015 selepas menewaskan Kedah di perlawanan akhir.

Namun, juara liga tujuh kali itu kini terumbang-ambing selepas kehilangan beberapa tonggak utama seperti Hazwan Bakri, Nazmi Faiz, R.Gopinathan, Shahrom Kalam dan Hafiz Kamal serta masalah kewangan yang dihadapi oleh Selangor apabila dana serta kemudahan ditarik oleh kerajaan negeri Selangor.

Other posts by