Football

Menteri Besar Kelantan sedia bantu Red Warriors

Nampaknya Kelantan tidak akan menarik diri dari Liga Super pada musim ini.

Selepas pelbagai spekulasi mengenai penarikan diri pasukan Kelantan bagi musim 2017, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberikan sinar harapan kepada Red Warriors apabila berjanji akan membantu pasukan Red Warriors untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.

Memetik kenyataan beliau dalam akhbar The Star selepas mesyuarat bersama pegawaoi Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) baru-baru ini.: “Kami dalah prose’s mengumpul maklumat mengenai keadaan kewangan KAFA. Kami akan memutuskan semua maklumat bantuan kewangan kerajaan negeri sebelum 6 Januari (untuk pendaftaran pemain).”

Perkembangan terbaru ini melegakan pemangku presiden KAFA Datuk Seri Affandy Hamzah.

“Kami menjelaskan kepada Menteri Besar mengenai masalah kewangan KAFA dan kami bersyukur kerajaan negeri sanggup membantu kami dalam keadaan susah begini,

“Kami ada perjanjian dengan kerajaan Kelantan, namun tugas kami belum berakhir. Kami masih menerima tajaan dari pihak lain yang berminat.

Saya harap pihak yang berminat tidak akan mengeluarkan kenyataan semata-mata untuk menarik perhatian ramai. Mereka perlu datang dan bertemu kami,”kata Affandy seperti yang dilaporkan dalam The Star.

Kelantan menamatkan saingan di tempat keempat pada musim lalu dan kehilangan ramai tonggak utama bagi musim hadapan seperti Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam dan Brendan Gan.

Other posts by