Faiz Subri harap dapat peraga baju Melayu di atas pentas Anugerah FIFA

0
Photo Credit: Berita Harian

Faiz Subri berharap dapat memakai baju Melayu ketika hadir bagi Anugerah Bolasepak Terbaik FIFA di Zurich pada 9 Januari nanti.

Sebelum ini, harapan Faiz hampir tidak tercapai disebabkan tema bagi majlis itu hanya membenarkan tetamu yang hadir untuk memakai pakaian formal seperti kot dan blazer.

Namun, semalam pemain tengah Pulau Pinang itu menerima sepersalinan baju Melayu lengkap bersama tanjak sebagai hadiah dari Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) yang dianggarkan bernilai RM3,000.

Pengerusi ISMMA Tan Sri Dr Abdul Latif Bakar yang memberikan baju Melayu itu kepada Faiz dalam satu majlis di Hotel Seri Malaysia di Pulau Pinang berkata kepada akhbar The Star: “Saya bukan peminat bolasepak, tetapi saya membaca akhbar dan mengikuti perkembangan sukan tempatan. Saya rasa bangga anak Malaysia mendapat pengiktirafan seperti ini.

“Saya berhubung dengan Faiz, dan membuat keputusan untuk datang dari Melaka bagi memberikannya baju Melayu untuk dipakai ketika majlis Anugerah FIFA nanti.”

Faiz berharap FAM dapat membantunya untuk memakai baju Melayu ke majlis Anugerah FIFA dan menyatakan jika tidak dapat memakainya ketika majlis anugerah, dia tetap akan memakainya di Zurich nanti.

Pasti hebat jika Faiz Subri dapat memakai baju Melayu ketika menaiki pentas untuk menerima anugerah Puskas nanti. Namun, semua itu tidak akan tercapai jika anda tidak mengundinya! Tunggu apa lagi, undi di sini!