Football

Pemain muda Ajax mahu sarung jersi Indonesia

Kerajaan Indonesia dilaporkan sedang berusaha memberikan kewarganegaraan Indonesia kepada pemain muda Belanda, Ezra Walian, yang kini beraksi bersama pasukan bawah 19 tahun Ajax Amsterdam.

Menurut media Indonesia, Jakarta Globe, bapanya, Glenn Walian, merupakan warga Indonesia dari Manado, Sulawesi Utara dan ibunya, Linda Bosch, merupakan warganegara Belanda.

Jurucakap Kementerian Sukan Indonesia, Gatot Dewabroto berkata bahawa taraf kerakyatan Ezra masih sedang diusahakan.

“Persatuan SepakBola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memintah Jawatankuasa Sukan Indonesia (KONI) memproses taraf kerakyatan Ezra. Dan kini KONI telah menghantar permohonan itu kepada kami. Kami telah mengemukakan permohonan untuk memberikan Ezra passport Indonesia, tetapi prosesnya akan mengambil masa yang panjang,” kata Gatot kepada Jakarta Globe pada hari Selasa.

Selepas menerima surat sokongan dari Kementerian Sukan, Ezra perlu mendapat sokongan dari Kementerian Keadilan dan Presiden Jokowi sebelum menghantar menghantar permohonan kerakyatan rasmi kepada Dewan Rakyat.

Jika diterima, taraf kerakyatan perlu disahkan oleh kerajaan Indonesia.

Menteri Sukan Imam Nahrawi telah menghantar surat sokongan pada 28 Disember kepada Kementerian Keadilan dan Hak Manusia untuk mendapat kelulusan bagi taraf kerakyatan Ezra.

“Kementerian Sukan menerima permohonan semua atlet yang mahu menjadi warga Indonesia jika mereka mahu bermain untuk pasukan kebangsaan,” tulis surat berkenaan.

Ianya mungkin memakan masa untuk penyerang muda Ajax itu untuk mendapat taraf kerakyatan, tetapi pihak kerajaan Indonesia akan membantu mempercepat proses berkenaan.

Ezra dilihat sering menunjukkan sokongan kepada pasukan kebangsaan Indonesia di media sosial, termasuk ketika skuad Garuda di bawah kendalian Alfred Riedl mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2016.

“Satu pencapaian hebat oleh Timnas untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2016. Kalian mendapat sokongan penuh saya.”tulis Ezra dalam laman Instagramnya.

Memetik kata-kata Ezra kepada Detiksport dalam kunjungannya ke Jakarta lalu,:”Saya telah mencintai Indonesia sejak kecil. Saya menyokong Indonesia ketika Piala AFF lalu dan harap dapat menyertai pasukan kebangsaan suatu hari nanti.”

Other posts by