Bekas pemain muda England sertai Liga Thailand

0
205
Photo credit: Getty Images

Bekas penyerang Bawah 21 England dan Reading, Leroy Lita telah menyertai Sisaket FC di Liga Thailand.

Lita yang pernah menjaringkan gol ketika menentang Manchester United dan Chelsea ketika beraksi bersama Reading tiba di Thailand selepas berehat sebentar dari bolasepak, kali terakhir bermain bersama pasukan League Two, Yeovil Town pada bulan Mei 2016.

Kehadiran Lita pastinya diharap bakal merubah nasib Sisaket selepas bergelut di dalam liga di antara tahun 2014-2016 dengan kedudukan terbaik mereka hanya di tempat ke-12.

Antara bekas pemain Liga Perdana Inggeris yang turut beraksi di Thailand adalah Florent Sinama Pongolle yang pernah beraksi bersama Liverpool serta bekas penyerang Newcastle United, Xisco.