Football

Andik Vermansah sasar pulih dalam masa dua bulan

Pemain sayap Selangor, Andik Vermansah meletakkan sasaran untuk kembali beraksi dalam tempoh dua bulan selepas menjalani pembedahan lutut.

Andik yang juga pemain kebangsaan Indonesia menyiarkan gambarnya selepas menjalani pembedahan di laman instagram peribadinya.

Menurut media Indonesia Kompas.com, Andik menjalani pembedahan di hospital Graha Amerta yang terletak di Jawa Timur.

Andik mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan akhir pertama Piala AAFF Suzuki 2016 di antara Indonesia dan Thailand yang berlangsung di Stadium Pakansari, Bogor pada 14 Disember lalu.

Pemenang Piala Malaysia 2015 itu turut menyatakan kepada Kompas.com bahawa pembedahan beliau ditanggung oleh Persatuan Sepakbol Seluruh Indonesia (PSSI).

“PSSI sudah datang melawat dan semuanya telah diuruskan mereka (PSSI).”

Other posts by